Official: Andy Carrol join Suarez at Liverpool


Secara rasminya, Liverpool Football Club (LFC) telah berjaya mengikat Andy Carrol dari Newcastle United (NUFC). LFC telah berbelanja sebanyak £35 million tuk mendapatkan Carrol. Penyerang itu yg dikatakan sgt profilik dan berpotensi membantu England menjulang Piala Dunia akan dtg, telah dibeli oleh LFC utk menggantikan posisi yang telah dikosongkan oleh Torres yg telah berhijrah ke Chelsea.

Carrol telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun setengah, dimana beliau akan bersama LFC sehingga tahun 2016. Pembelian Carrol juga dikatakan hanya dilakukan setelah LFC berpuas hati dgn jumlah bayaran yg diletakkan oleh Chelsea ke atas Torres, iaitu £50 milion. 

Manakala Luis Suarez telah berpindah ke LFC terlebih dahulu sebelum ini, telah membuatkan LFC terpaksa membayar sebanyak £22 million. Sebelum ini, Suarez yg juga dikenali dgn nickname, "The Goal Machine" telah bermain di Ajax. Di Liverpool, Suarez akan memakai jersi No.7, iaitu jersi lagenda bagi LFC, manakala Carrol akan memakai jersi bernombor 9, yg telah ditinggalkan oleh Torres.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger